Friday 13 September 2013

Sarung Kaki dari Mesir

Harga : RM 7 / sepasang (tidak termasuk postage)

** belian 10 pasang ke atas mendapat kos penghantaran PERCUMA

1. Sarung Kaki SANDY -
    Kod Beige 0
    Panjang sampai ke pangkal lutut
    Material tebal




Bermulanya proses pembelajaran


Teks : Fadhlina Yaacob

Foto : Koleksi peribadi

Assalamualaikum wbt,

Semuanya bermula selepas timbul kesedaran saya perlu lakukan sesuatu untuk mengisi masa saya selain dari membuat rutin harian sebagai seorang surirumah.

Alhamdulillah, seorang sahabat baik saya telah membuka lorong memperkenalkan FB Kak Masayu tentang iklan kelas untuk SAHM ni kepada saya Ogos lepas. Sudah lama tercari-cari individu yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Saya rasa saya perlukan bimbingan dari yang berpengalaman walaupun sebelum ni saya dah pernah buat blog saja-saja, suka-suka sampaikan terbengkalai dan saya dah tak ingat apa nama blog tu. hehe

Bermula dengan perkenalan dengan Kak Masayu, beliau telah perkenalkan pula saya kepada Guru Online kami iaitu Kak Aishah. Masa tu sangat teruja untuk belajar sampaikan tak tertanya pun tentang yuran kelas dan lain-lain. Kenal jer dengan Kak Aishah terus mula kelas. Dah diajar cara buat email dan buka akaun blog baru Kak Aishah tanya pasal bayaran. Hahaha.. Punyala semangat nak belajar :D

Pendek cerita, selepas diterangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog & Fanpage memandangkan saya sudah memiliki fanpage di Facebook untuk kedai online saya :)

Yuran kelas yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada saya yang sentiasa mempunyai kekangan untuk menguasai gajet-gajet seperti laptop atau ipad dek kerana berebut dengan anak-anak :D

Kak Aishah memang sangat efisien mengajar kami jika diajukan pelbagai soalan dan juga sabar melayan pertanyaan saya yang agak perlahan pencernaan maklumatnya . Hihi.. Saya memang kurang minat untuk mengetahui tentang fungsi-fungsi komputer atau teknologi maklumat ni. Tetapi walau apapun, kelas berlangsung dengan penuh harmoni dan santai serta sangat mesra seperti sudah lama berkenalan. Memang bagaikan seorang kakak melayan kerenah si adik :D Terima kasih Kak Aishah.

Tidak dilupa juga kehadiran rakan-rakan penulis yang lain yang sama-sama membantu memberikan idea dan pemahaman, Kak Saniah dan Kak Mon yang pertama kali saya kenal di dalam group kelas kami :)

Saya sangat bersyukur ditemukan dengan mereka yang sama-sama berkongsi pengalaman sebagai surirumah dan memberi tunjuk ajar bukan sahaja secara formal juga secara tidak formal. Terima kasih diatas sokongan Cikgu Kak Aishah serta Kak Saniah dan Kak Mon.

Oklah, sampai sini dulu perkongsian bagaimana bermulanya proses pembelajaran melalui tawaran kelas secara online untuk para surirumah ini. Satu usaha yang sangat bagus untuk kami sama-sama menaikkan kredibiliti kami sebagai surirumah yang bukan lagi seperti ibu-ibu atau nenek-nenek kita seperti zaman sebelum ini. Kami juga perlu menyiapkan diri menghadapi dunia masa depan yang lebih mencabar dalam mendidik anak-anak di zaman teknologi maklumat tanpa sempadan ini :)

Sekian dulu daripada saya. Terima kasih buat semua dan anda yang berminat untuk sertai kelas ini, JANGAN teragak-agak lagi untuk menyertainya kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat.

Wassalamualaikum :)

~ Senyum Sokmo ~



Pengenalan LitteShop Kami

Assalamualaikum,

ColourfulTulips LittleShop adalah kedai online yang saya mulakan sejak tahun 2011 lagi. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan maka kedai itu terbengkalai agak lama sehinggalah pertengahan tahun 2013 ini saya rebranding semula dengan produk-produk yang mesra muslimah dan trendy.

Bermaksud, saya ingin ketengahkan pakaian-pakaian Muslimah baik dari segi baju,seluar,kemeja,blouse,jubah,tudung,shawl,anak tudung,stokinlengan , sarung kaki dan lain-lain produk yang menepati segala aspek menutup aurat yang telah diwajibkan oleh agama terhadap seorang Muslimah.

Yang mana ia bukan sahaja melibatkan fesyen pakaian tersebut, tetapi juga tidak dilupakan aspek material yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.

Kerana, melihat kepada kegilaan fesyen zaman sekarang, pakaian yang dihasilkan nampak menepati ciri-ciri menutup aurat yang bagus tetapi bila melibatkan material, ianya sama sekali jauh berbeza. Samada kain itu jenis jarang atau jenis melekat di badan.

Semoga perkongsian dan penjualan produk di ColourfulTulips LittleShop ini dapat membantu para Muslimah yang mencari fesyen dan pakaian yang tepat dalam usaha menutup aurat yang telah ditetapkan oleh agama.

Sokongan anda amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih :)

Boleh juga singgah di Fanpage kami di Facebook  :)

Cabaran siapkan blog :D

Teks: Fadhlina Yaacob

Assalamualaikum,

Phewwww, orang lain ambil masa seminggu atau kurang untuk siapkan layout blog dan lain-lain post.
Saya pulak ambil masa berminggu-minggu. HoHoHo
Ntah pape la.. :D

Bukan nak salahkan anak, tapi sejak dari yang sulung dah pandai tarik perhatian lagi memang mereka ni pantang sungguh tengok kalau saya buka laptop.
Macam-macam la kerenah mereka. Kadang-kadang sampai tahap tantrum yang tak makan pujuk tu. huhu.. Boleh stress tahap gaban dibuatnya.

Tapi takpela, Ibu la kena pandai curi masa dan berdisiplin sikit masa buat tugasan. Kalau tak asyik nak berjalan window shopping di alam maya jer. kikiki

Ok la, nak sambung buat keja. Sian Cikgu Aishah, melangut tunggu saya siapkan blog comeyy ni ha. Ahaks :p

Ok,sampai ketemu lagi.

Buah hati pengarang jantung Ibu :)


** Jangan lupa jenguk LittleShop Kami ya :)

Semuanya bermula dari diri sendiri..


Teks : Fadhlina Yaacob

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :)

Bermula dengan sebuah tekad untuk mengubah diri menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada agama, keluarga dan masyarakat, maka saya harus mengubah diri saya sendiri dahulu. 

Sentiasa optimis dan positif terhadap ujian yang mendatang memberi saya satu kekuatan yang saya sendiri tidak sangka akan jadi diri saya yang sekarang ini.

Allah itu Maha Mengasihani. DIA takkan pernah biarkan hambaNYA terkapai-kapai seorang diri tanpa petunjuk dan bimbingan dari DIA. Tinggal sahaja kita yang ingin menyahut panggilan DIA atau mengabaikannya tanpa sebarang rasa.

Pilihan untuk berubah itu di tangan kita. Diri kita sendiri. Bukan individu lain. 

Semoga semangat ini sentiasa membara dalam mencari dan mencapai redha DIA yang Maha Esa. Bukan untuk siapa-siapa, bukan untuk apa-apa. Hanya niat yang satu 'LillahiTaala'

Man Jadda wa Jada :)