Saturday 14 September 2013

SISTERS SHAWL ~ MUNAWWARAH OVERSIZED


RETAIL ONLY!

MUNAWWARAH - OVERSIZED

PRICE : RM29 (EXCLUDING POSTAGE)

MATERIAL : HIGH QUALITY CHIFFON
SIZE : 2 M X 0.8 M
*Actual color may vary due to lighting.*

Kepakaran kami ialah membantu wanita melindungi “ASET” mereka daripada pandangan “MATA-MATA LIAR”. Masalahnya ialah ramai wanita yang memakai hijab/tudung dengan tidak betul sehingga menampakkan apa yang tidak sepatutnya ditunjuk/dilihatkan kepada yg bukan muhrim. Selain itu juga, kebanyakan hijab/tudung yang terdapat di pasaran, bersaiz kecil dan jarang. Ini menyebabkan kaum wanita tidak dapat menutup aurat dengan sempurna. Apa yang kami boleh bantu ialah, kami menghasilkan hijab/tudung yang bersaiz lebih besar. Dengan produk kami, kami telah membantu ramai wanita di luar sana, menutup aurat dengan sempuna mengikut tuntutan syariat di samping tampil cantik, kemas dan bergaya setiap hari.


ITEM CODE : ABQ 01
COLOR CODE : #83 PINK + #28 BABY BLUE

ITEM CODE : ABQ 02
COLOR CODE : #6 RED + #91 GREY

ITEM CODE : ABQ 03
COLOR CODE : #47 DUSTY PINK + #85 NUDE BROWN

ITEM CODE : ABQ 04
COLOR CODE : #48 VIOLET + #67 ORCHID

ITEM CODE : ABQ 05
COLOR CODE : #87 CHOCOLATE + #19 MAIZE

ITEM CODE : ABQ 06
COLOR CODE : #37 BRIGHT PINK + #50 BELACAN

ITEM CODE : ABQ 07
COLOR CODE : #10 FANDAGO + #51 BLUE GRAY

ITEM CODE : ABQ 08
COLOR CODE : #60 EMERALD GREEN + #45 

ITEM CODE : ABQ 09
COLOR CODE : #24 OLIVE + #62 LIGHT LAWN GREEN

ITEM CODE : ABQ 10
COLOR CODE : #16 ANTIQUE BRONZE + #11 MUSTARD

ITEM CODE : ABQ 11
COLOR CODE : #59 MINT GREEN + #64 PASTEL PINK

ITEM CODE : ABQ 12
COLOR CODE : #38 MAROON + #71 JASMINE

TEM CODE : ABQ 13
COLOR CODE : #21 OLIVE GREEN + #1 WHITE

ITEM CODE : ABQ 14
COLOR CODE : #7 PURPLE PLUM + #61 CLASSIC ROSE

ITEM CODE : ABQ 15
COLOR CODE : #38 MAROON + #16 ANTIQUE BRONZE
( out of stock )

ITEM CODE : ABQ 16
COLOR CODE : #46 PURPLE PINK + #39 PASTEL PEACH

ITEM CODE : ABQ 17
COLOR CODE : #45 TANGARINE + #83 PINK
( out of stock )

ITEM CODE : ABQ 18
COLOR CODE : #49 ANTIQUE FUSCHIA + #90 BROWN

Friday 13 September 2013

Sarung Kaki dari Mesir

Harga : RM 7 / sepasang (tidak termasuk postage)

** belian 10 pasang ke atas mendapat kos penghantaran PERCUMA

1. Sarung Kaki SANDY -
    Kod Beige 0
    Panjang sampai ke pangkal lutut
    Material tebal




Bermulanya proses pembelajaran


Teks : Fadhlina Yaacob

Foto : Koleksi peribadi

Assalamualaikum wbt,

Semuanya bermula selepas timbul kesedaran saya perlu lakukan sesuatu untuk mengisi masa saya selain dari membuat rutin harian sebagai seorang surirumah.

Alhamdulillah, seorang sahabat baik saya telah membuka lorong memperkenalkan FB Kak Masayu tentang iklan kelas untuk SAHM ni kepada saya Ogos lepas. Sudah lama tercari-cari individu yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Saya rasa saya perlukan bimbingan dari yang berpengalaman walaupun sebelum ni saya dah pernah buat blog saja-saja, suka-suka sampaikan terbengkalai dan saya dah tak ingat apa nama blog tu. hehe

Bermula dengan perkenalan dengan Kak Masayu, beliau telah perkenalkan pula saya kepada Guru Online kami iaitu Kak Aishah. Masa tu sangat teruja untuk belajar sampaikan tak tertanya pun tentang yuran kelas dan lain-lain. Kenal jer dengan Kak Aishah terus mula kelas. Dah diajar cara buat email dan buka akaun blog baru Kak Aishah tanya pasal bayaran. Hahaha.. Punyala semangat nak belajar :D

Pendek cerita, selepas diterangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog & Fanpage memandangkan saya sudah memiliki fanpage di Facebook untuk kedai online saya :)

Yuran kelas yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada saya yang sentiasa mempunyai kekangan untuk menguasai gajet-gajet seperti laptop atau ipad dek kerana berebut dengan anak-anak :D

Kak Aishah memang sangat efisien mengajar kami jika diajukan pelbagai soalan dan juga sabar melayan pertanyaan saya yang agak perlahan pencernaan maklumatnya . Hihi.. Saya memang kurang minat untuk mengetahui tentang fungsi-fungsi komputer atau teknologi maklumat ni. Tetapi walau apapun, kelas berlangsung dengan penuh harmoni dan santai serta sangat mesra seperti sudah lama berkenalan. Memang bagaikan seorang kakak melayan kerenah si adik :D Terima kasih Kak Aishah.

Tidak dilupa juga kehadiran rakan-rakan penulis yang lain yang sama-sama membantu memberikan idea dan pemahaman, Kak Saniah dan Kak Mon yang pertama kali saya kenal di dalam group kelas kami :)

Saya sangat bersyukur ditemukan dengan mereka yang sama-sama berkongsi pengalaman sebagai surirumah dan memberi tunjuk ajar bukan sahaja secara formal juga secara tidak formal. Terima kasih diatas sokongan Cikgu Kak Aishah serta Kak Saniah dan Kak Mon.

Oklah, sampai sini dulu perkongsian bagaimana bermulanya proses pembelajaran melalui tawaran kelas secara online untuk para surirumah ini. Satu usaha yang sangat bagus untuk kami sama-sama menaikkan kredibiliti kami sebagai surirumah yang bukan lagi seperti ibu-ibu atau nenek-nenek kita seperti zaman sebelum ini. Kami juga perlu menyiapkan diri menghadapi dunia masa depan yang lebih mencabar dalam mendidik anak-anak di zaman teknologi maklumat tanpa sempadan ini :)

Sekian dulu daripada saya. Terima kasih buat semua dan anda yang berminat untuk sertai kelas ini, JANGAN teragak-agak lagi untuk menyertainya kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat.

Wassalamualaikum :)

~ Senyum Sokmo ~



Pengenalan LitteShop Kami

Assalamualaikum,

ColourfulTulips LittleShop adalah kedai online yang saya mulakan sejak tahun 2011 lagi. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan maka kedai itu terbengkalai agak lama sehinggalah pertengahan tahun 2013 ini saya rebranding semula dengan produk-produk yang mesra muslimah dan trendy.

Bermaksud, saya ingin ketengahkan pakaian-pakaian Muslimah baik dari segi baju,seluar,kemeja,blouse,jubah,tudung,shawl,anak tudung,stokinlengan , sarung kaki dan lain-lain produk yang menepati segala aspek menutup aurat yang telah diwajibkan oleh agama terhadap seorang Muslimah.

Yang mana ia bukan sahaja melibatkan fesyen pakaian tersebut, tetapi juga tidak dilupakan aspek material yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.

Kerana, melihat kepada kegilaan fesyen zaman sekarang, pakaian yang dihasilkan nampak menepati ciri-ciri menutup aurat yang bagus tetapi bila melibatkan material, ianya sama sekali jauh berbeza. Samada kain itu jenis jarang atau jenis melekat di badan.

Semoga perkongsian dan penjualan produk di ColourfulTulips LittleShop ini dapat membantu para Muslimah yang mencari fesyen dan pakaian yang tepat dalam usaha menutup aurat yang telah ditetapkan oleh agama.

Sokongan anda amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih :)

Boleh juga singgah di Fanpage kami di Facebook  :)

Cabaran siapkan blog :D

Teks: Fadhlina Yaacob

Assalamualaikum,

Phewwww, orang lain ambil masa seminggu atau kurang untuk siapkan layout blog dan lain-lain post.
Saya pulak ambil masa berminggu-minggu. HoHoHo
Ntah pape la.. :D

Bukan nak salahkan anak, tapi sejak dari yang sulung dah pandai tarik perhatian lagi memang mereka ni pantang sungguh tengok kalau saya buka laptop.
Macam-macam la kerenah mereka. Kadang-kadang sampai tahap tantrum yang tak makan pujuk tu. huhu.. Boleh stress tahap gaban dibuatnya.

Tapi takpela, Ibu la kena pandai curi masa dan berdisiplin sikit masa buat tugasan. Kalau tak asyik nak berjalan window shopping di alam maya jer. kikiki

Ok la, nak sambung buat keja. Sian Cikgu Aishah, melangut tunggu saya siapkan blog comeyy ni ha. Ahaks :p

Ok,sampai ketemu lagi.

Buah hati pengarang jantung Ibu :)


** Jangan lupa jenguk LittleShop Kami ya :)

Semuanya bermula dari diri sendiri..


Teks : Fadhlina Yaacob

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :)

Bermula dengan sebuah tekad untuk mengubah diri menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada agama, keluarga dan masyarakat, maka saya harus mengubah diri saya sendiri dahulu. 

Sentiasa optimis dan positif terhadap ujian yang mendatang memberi saya satu kekuatan yang saya sendiri tidak sangka akan jadi diri saya yang sekarang ini.

Allah itu Maha Mengasihani. DIA takkan pernah biarkan hambaNYA terkapai-kapai seorang diri tanpa petunjuk dan bimbingan dari DIA. Tinggal sahaja kita yang ingin menyahut panggilan DIA atau mengabaikannya tanpa sebarang rasa.

Pilihan untuk berubah itu di tangan kita. Diri kita sendiri. Bukan individu lain. 

Semoga semangat ini sentiasa membara dalam mencari dan mencapai redha DIA yang Maha Esa. Bukan untuk siapa-siapa, bukan untuk apa-apa. Hanya niat yang satu 'LillahiTaala'

Man Jadda wa Jada :)

Saturday 7 September 2013

INNERNECK MAGIC ISTIMEWA ~ AnizonHijab ~

Yang mana satukah inner neck pilihan anda?


  • * Inner yang menampakkan wajah yang bulat. 

  • * Inner yang mendedahkan keseluruhan wajah anda.

  • *Inner yang asyik 'bergerak' sehingga gaya tudung tidak kemas.

  • *Inner yang menjadikan wajah anda lebih lebar.

ATAU

Innerneck magik istimewa yang direka khas untuk menjadikan:

* Wajah anda lebih bujur.
* Menyembunyikan bentuk wajah yang sebenar.
* Membuatkan wajah yang lebar kelihatan kecil.
* Menyembunyikan double chin anda.
*Membuatkan anda lebih selesa walau cuaca panas. 

Sekaligus 



Menjadikan anda yakin untuk menggayakan apa shj gaya selendang @ tudung.
Semua pilihan di tangan anda...




RM37/pc

(kos penghantaran dari RM6-RM9 bergantung kepada berat timbangan)






DAHLIA PINK

HIJAU CENDERAWASIH

CEMPAKA GREY

DAHLIA UNGGU

DRAGON FRUIT MERAH

KASTURI DARK MAROON

KASTURI DARK PURPLE

KEMBOJA BIRU

KEMBOJA OFF WHITE

KIAMBANG DARK HIJAU

LIGHT POPPY YELLOW - out of stock

LAWANG COKLAT

MAWAR MERAH

MELUR LIGHT GREY

ORKID HITAM

ROS DARK MAROON

SEROJA HIJAU MUSTARD

Monday 26 August 2013

Hari yang indah, Hari yang bersemangat, Hari yang bahagia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiruh :)

Panjang ucapan salam buat semua. Semoga kita sentiasa berada di dalam kesejahteraan, kerahmatan, keberkatan dan keampunan Allah swt :)

Harini 27/8/2013 jam 9.20am, saya memulakan penulisan blog ini. Hati gembira, tenang dan senang kerana Allah lorongkan sesuatu buat saya untuk menjadi hamba Dia yang semakin baik.

Bukan mudah membuat keputusan. Bukan sedikit ujian yang perlu ditempuh. Bukan sedikit airmata yg mengalir. Tapi semua itu menguatkan lagi niat saya untuk mengubah nasib diri dan keluarga kepada yang lebih baik :) Alhamdulillah diatas nikmat ujian dariNYA.

Okla, sampai disini dulu. Perlu menguruskan permata hati saya pula. InsyaAllah, bertemu lagi di lain siaran..hehe

** jangan lupa singgah di littleshop saya ya :) TQ